1. PUNCA KUASA PENUBUHAN CERTNS
2. BIDANG TUGAS
3. KOMPOSISI DAN KELAYAKAN PASUKAN CERTNS
4. MESYUARAT
1.1  KEPERLUAN MELAPORKAN INSIDEN KESELAMATAN ICT 
 
  • Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 2000 Rangka Dasar Keselamatan ICT menetapkan bahawa sebarang insiden Keselamatan ICT yang melibatkan agensi-agensi sektor awam yang mana jelas melanggar dasar keselamatan ICT Kerajaan perlu dilapor kepada MAMPU.
 
  •  Melalui Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2001 Mekanisme Pelaporan Insiden Keselamatan ICT Sektor Awam, sebarang insiden keselamatan ICT perlu dilaporkan kepada GCERT, MAMPU.
 1.2  PEKELILING AM BIL 3 TAHUN 2000
   Rangka Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kerajaan
 
  •  Punca kuasa - Agensi Pusat yang bertanggungjawab ke atas keselamatn ICT Kerajaan adalah MAMPU, JPM.
 
  •  Menjelaskan Rangka Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kerajaan serta perkara-perkara berkaitan yang perlu diberi pertimbangan dan diambil tindakan oleh agensi-agensi Sektor Awam.
 
  •  Merumuskan keperluan penguatkuasaan, kawalan dan langkah-langkah yang menyeluruh untuk melindungi aset ICT Kerajaan.
1.3 PEKELILING AM BIL. 1 TAHUN 2001 (4 APRIL 2001)
  Mekanisme Pelaporan Insiden Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ICT
 
  • Menetapkan bahawa semua insiden keselamatan ICT yang berlaku di mana-mana agensi perlu dilaporkan kepada Government Computer Emergency Response Team(GCERT), MAMPU.
 
  • Memberikan panduan bagi mengenal pasti insiden keselamatan ICT yang perlu dilaporkan.
 
  • Menjelaskan kepentingan pelaporan kepada GCERT.
 
  • Menjelaskan tindakan yang perlu diambil untuk melaporkan kepada GCERT.
1.4 SURAT PEKELILING AM BIL. 4 TAHUN 2006 ( 9 NOV 2006)
  Pengurusan Pengendalian Insiden Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Sektor Awam
 
  • Memperkemaskan pengurusan pengendalian insiden keselamatan ICT bagi Sektor Awam.
 
  • Menubuhkan CERT Agensi.
 
  • Menyediakan garis panduan dan panduan operasi standard pengurusan pengendalian insiden keselamatan ICT.
 
  • Membantu Agensi menguruskan pengendalian insiden keselamatan ICT di agensi masing-masing dan agensi di bawah kawalannya.
1.5 GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENGENDALIAN INSIDEN KESELAMATAN ICT SEKTOR AWAM
  Pengurusan Pengendalian Insiden Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Sektor Awam
 
  • Perihal mengenai Insiden dan jenis Insiden Keselamatan ICT.
 
  • Tahap keutamaan Tindakan ke atas Insiden.
 
  • Penubuhan CERT Agensi.
 
  • Tanggungjawab Ketua Jabatan.
 
  • Tanggungjawab CERT Agensi.
 
  • Tanggungjawab GCERT MAMPU.
 
  • Proses Pelaporan Insiden Keselamatan ICT Sektor Awam.
1.6 PROSEDUR OPERASI STANDARD PENGURUSAN PENGENDALIAN INSIDEN KESELAMATAN ICT SEKTOR AWAM
  Pengurusan Pengendalian Insiden Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Sektor Awam
 
  • Proses Terperinci Dalam Pengendalian Insiden Keselamatan ICT.
 
  • Template Borang IRH1.0 : Laporan Pengendalian Insiden.
 
  • Template Borang IRH 1.1 : Maklum balas Tindakan Susulan Dari Pengendalian Insiden Keselamatan ICT.
 
  • Panduan Komunikasi Pengendalian Insiden Secara Jarak Jauh.
 
  • Template Laporan Analisa Fail Log.
1.7 Surat Penyerahan Fungsi Pengendalian Insiden Government Computer Agency Response Team (GCERT) MAMPU Oleh Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) bertarikh 26 Disember 2017.
1.8 Pasukan Computer Emergency Response Team Negeri Sembilan (CERTNS) ditubuhkan pada 18 Julai 2008.
   
   
 2.1  Menerima dan mengesan aduan keselamatan ICT serta menilai tahap dan jenis insiden;
 2.2  Merekodkan dan menjalankan siasatan awal insiden yang diterima;
 2.3  Menangani tindak balas insiden keselamatan ICT dan mengambil tindakan baik pulih minimum;
 2.4  Menasihati agensi di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan supaya mengambil tindakan pemulihan dan pengukuhan; dan
 2.5  Menyebarkan makluman berkaitan pengukuhan keselamatan ICT kepada semua pegawai di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan.
   
3.1  Pengarah Unit Pengurusan Teknologi Maklumat (UPTM) bertindak sebagai Pengarah Pasukan Computer Emergency Response Team Negeri Sembilan (CERTNS). 
 3.2  Pengurus Pasukan Computer Emergency Response Team Negeri Sembilan (CERTNS) adalah Pen. Pengarah Kanan (PP) (K) Sektor Operasi dan Rangkaian.
 3.3  Ahli-ahli tetap terdiri daripada Timbalan Pengarah, Pen. Pengarah Kanan (PP) (K) Seksyen Pembangunan & Penyelenggaraan Sistem, Pen. Pengarah Kanan (PP) (K) Seksyen Multimedia, Korporat & Koordinasi ICT, Pen. Pengarah (PP) Seksyen Keselamatan ICT & Pangkalan Data, Pen. Pengarah (PP) Seksyen Operasi & Sokongan Teknikal, Pen. Pengarah (PP) Seksyen Perancangan Infrastruktur & Rangkaian, Pen. Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM) Seksyen Keselamatan ICT & Pangkalan Data, Pen. Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM) Seksyen Operasi & Sokongan Teknikal, Pen. Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM) Seksyen Perancangan Infrastruktur & Rangkaian, Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan dan Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) Pejabat Kewangan Negeri Sembilan.
 3.4  Ahli dilantik terdiri daripada wakil-wakil pegawai dari Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Daerah dan Tanah serta Agensi/Jabatan lain yang dirasakan sesuai.
 3.5  Seksyen Keselamatan ICT & Pangkalan Data, Unit Pengurusan Teknologi Maklumat (UPTM) bertindak sebagai Urus Setia Mesyuarat Computer Emergency Response Team Negeri Sembilan (CERTNS).
   
4.1   Pasukan Computer Emergency Response Team Negeri Sembilan (CERTNS) bermesyuarat sekurang-kurangnya dua (2) kali dalam setahun atau mengikut keperluan dipengerusikan oleh Pengarah Unit Pengurusan Teknologi Maklumat (UPTM).

Pautan Agensi

  • KSN
  • MDeC
  • MSC Malaysia
  • JPA
  • LHDN
  • myGOV
  • SPA
  • MAMPU
  • SPR
  • PCB
  • myGOV Mobile

Pautan Negeri

Capaian Terus