Rembau, 26 September 2019 (Korporat SUKNS) - Nestle Malaysia hari ini melancarkan kilangnya di Chembong yang telah dikembangkan kapasitinya di Negeri Sembilan dengan nilai pelaburan sebanyak RM90 juta, sekaligus menjadikannya tapak pembuatan Milo dan Pusat Kecemerlangan Global yang terbesar di dunia.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Undang Luak Rembau Dato’ Muhammad Sharip Othman bersama Menteri Besar Negeri Sembilan Dato’ Seri Aminuddin Harun. Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Dato’ Dr. Razali Ab Malik, Timbalan Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Zon Asia, Oceania dan Afrika Sub-Sahara Nestle S.A Chris Johnson dan Ketua Pegawai Eksekutif Nestle (Malaysia) Berhad Juan Aranols.

Nestle mempunyai tapak perniagaan di 189 negara di seluruh dunia dengan 328,000 kakitangannya komited terhadap matlamat Nestle yang ingin meningkatkan operasi dan menghasilkan produk halal buatan Malaysia yang berkhasiat dan berkualiti tinggi.

Nestle Malaysia mempunyai 5,500 orang pekerja dan 845 orang merupakan pekerjanya di Kilang Nestle Chembong.


Pautan Agensi

  • KSN
  • MDeC
  • MSC Malaysia
  • JPA
  • LHDN
  • myGOV
  • SPA
  • MAMPU
  • SPR
  • PCB
  • myGOV Mobile

Pautan Negeri

Capaian Terus